Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Saturday, January 5, 2013

Terimalah Taubat HambaMu ini...



Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan 
Oh Tuhan Maha Kuasa 
Terima taubat hamba berdosa... 

Ku akui kelemahan diri 
Ku insafi kekurangan ini 
Ku kesali kejahilan ini 
Terimalah 
Taubatku ini..... 

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan 
Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.. 


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah
Taubatku ini..... 

"..Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)." [Surah Asy-Syura' : 30] 
..Ya Allah..hambaMu ini telah memungkiri lagi janji padaMu..kini aku kembali padaMu ya Allah...terimalah taubatku...sesungguhnya hanya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang...

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala hijab yang boleh menghijab antara aku dengan Engkau.. 
Tuhanku..bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapanMu.
Tuhanku..Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaanMu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamaiMu.
Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya hambaMu ini yang banyak kesalahan di hadapanMu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepadaMu."


"Tuhanku..Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucianMu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepadaNya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisiMu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."


"Wahai Tuhanku..Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri..Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaanMu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaanMu, jika Engkau menghalauku daripada pintuMu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepadaMu."

"Jika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!