Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Tuesday, February 5, 2013

RESEPI : NASI ARAB


NASI ARAB

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI:

5 pot beras basmathi ( rendam selama 1 jam )
7 pot air
1 ekor ayam
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
4 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
garam
2 kiub ayam / lembu
ajinomoto
3 biji bawang besar ( potong 4 )
halia ( ketuk )
2 biji bawang besar ( dikisar )
5 inci halia ( dikisar )
2 ulas bawang putih ( dikisar )
1 biji bawang besar ( dimayang )
3 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Cara- cara buat nasi :
cuci ayam dan bersihkan. masukkan ke dlm periuk bersama-sama air dan kesemua bahan untuk nasi. Masak lebih kurang 15 minit. Tos kan ayam dan rempah. Toskan beras terlebih dahulu. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. tumis bawang besar mayang sehingga naik bau. masukkan bahan yang telah dikisar. kacau hingga sebati dan naik bau. masukkan air rebusan ayam tadi. setelah mendidih masukkan beras. kacau sebati dan masak sperti biasa.

BAHAN-BAHAN UNTUK LAUK AYAM
5 biji bawang besar ( dikasar )
6 ulas bawang putih ( dikisar )
5 sudu besar lada giling
minyak masak
garam
ajinomoto
gula
3 sudu besar kicap ekat
2 biji bawang besar ( mayang kasar )
3 biji lada hidup ( potong )

cara-cara buat lauk:
panas minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama lada giling. tumis sehingga naik bau. kemudian masukkan ayam yg telah direbus tadi. masukkan sedikit air sup dan semua bahan perasa. akhir sekali masukkan bawang mayang dan lada hidup.

Bahan-bahan untuk air asam:
2 biji tomato ( buang biji dan hiris)
5 biji bawang merah ( mayang halus )
daun ketumbar ( diracik halus)
cili padi (dipotong halus )

Bahan kisar :
300ml air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
2 biji cili merah
5 biji cili api
garam/ ajinomoto

cara buat :
bahan-bahan yang dikisar dicmpurkan bersama-sama bahan- bahan yg dipotong.

11 comments:

Anonymous said...

taruh ajinomoto memang la sedap...kesan jangka panjang bahya wooo

Fazliana Jamil said...

teringin nak buat nasi arab ni... akan diusahakan 1 ari nanti... :)

Anonymous said...

mohon admin letak gambar sebenar hasil resepi ni. resepi ni bukan jadi mcm nasi arab yg dijual kat kedai arab tu(mandhi ke,khabsah ker mmg lain lar..)

asmahyusof said...

Nie bkn pic awakkn.....

Anonymous said...

ana suzana punya gmbar nie..!!

ezumie esbarisma said...

Aaah ni gmbar dr google..gmbar betul xsempat nk ambil sbb mkn dulu xsmpat snap pic..gambarnye mmg lain dr atas..tp lebih sdap InshaaAllah.. gmbo ni cik ezumie ambil semasa belajar dlm kelas masakan :)

ezumie esbarisma said...

maaf bkn gmbo* tapi resepi..typo hehe.. cik ezumi hanya share resepi yg di pelajari..kualiti gmbo InshaaAllah akan diperbaiki..cik ezumie akan guna gmbo sndiri..thnks kpda smua yg membantu :)

Dalilayusf said...

salam...saya de buat nasi arab guna pes nasi arab jenama al-bayt. Mudah , tak payah lagi cari rempah dan beras basmathy semuanya siap dalam satu kotak cukup untuk 5 orang makan. jemput singgah kehttp://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

Dalilayusf said...

em..baik letak gambar dan dikreditkan kepada empunya gambar..takut nanti empunya gambar marah..tak salah ambil..tapi kene bgtau asalnyer

Unknown said...

Tok nenek guna lama dah, ok je. Masak with iman insyAllah berkat. Klu bhya tentu lama dah kena 'ban'

Irfanayla said...

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!