Majlis Khatam Al-Quran-TADARUS
ASSALAMUALAIKUM...............
Syukur Alhamdulillah hari ni dapat post 1 entry lagi. Semalam Ezumie bawa Student2 Ezumie seramai 40 orang mengikuti satu Program Khatam AL-Quran yang telah dianjurkan oleh Rakan Muda,Terengganu..dan dikesempatan itu ezumie sempat snap beberapa gambar spontan..
"al-Quran dalam gengaman kita... Islam pada nama kita... tapi tidak mampu kita mengcungkil mutiara yang ada padanya... seandainya... kita tidak menghargainya dan Allah mencabutnya dari kita, menganugerahkannya kepada golongan yang lain.... alangkah ruginya kita.... ya Allah, kurniakanlah mutiara daripada al-Quran dan Islam untuk kami jadikan perhiasan hidup.... tetapkanlah kami dalam iman..."
"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..'
SALAM RAMADHAN
4 comments:
nice photography.
rakan muda pon ad buat pogram mcm ni ea.bagus sgt.
hehe ada..pgrm smpena bulan ramadhan ni.. thnks ye ^^)
hurm... tenang je suasana...
alhamdulillah.. :)
Post a Comment