salam perantauan...
Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^
- ezumie esbarisma
- kangar, perlis, Malaysia
- Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.
Followers Cik Ezumie ^_^
Sunday, February 27, 2011
Hangout dengan student mandi air terjun..
salam perantauan...
Thursday, February 17, 2011
10 KUNCI KEPADA PERSAHABATAN YANG BAIK
- 10 KUNCI KEPADA PERSAHABATAN YANG BAIK
- Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
- Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
- Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
- Hargai pendapat satu sama lain.
- Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
- Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
- Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
- Belajar daripada satu sama lain.
- Jangan mengata di belakang kawan anda.
- Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Wednesday, February 16, 2011
Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasan..

Subject: Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan.......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda
sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan
hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi
anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat
besar, ada hikmah
disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,
fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai
peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun
anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda
akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah
masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat
baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi
sepanjang hidup untuk
melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang
yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar
pesanan ini. Ini
adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda
sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna
anda sudah melupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda
sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah
hidup mereka kepada yang lebih baik.
Monday, February 14, 2011
Untuk hari ini, esok dan selamanya

Untuk hari ini, esok dan selamanya
Hari ini, aku akan luangkan setengah jam untuk bersendirian dan releks.
alam setengah jam ini, aku akan fikirkan perhubungan aku dengan ALLAH agar dapat perspektif, tinjauan yang objektif ke atas bhg-bhg hidupku sbg hamba ALLAH
Hari ini, i will be happy.
aku masih diberi peluang oleh ALLAH untuk memperbaiki diriku.
Hari ini, aku akan isytihar perang ke atas diriku.
Hari ini, aku akan menjaga tubuh badanku.
aku akan senam diri, memberinya makanan yg berkhasiat, tidak menyalahgunakannya atau mengabaikannya, agar ia menjadi alat pencapai matlamatku.
Hari ini, aku akan cuba kukuhkan fikiranku.
aku akan cuba mempelajari sesuatu yg bermanfaat.
Hari ini, aku tidak akan menjadi org yg berkhayal.
aku akan membaca sesuatu yg memerlukan usaha, pemikiran, dan tumpuan.
Hari ini, aku akan menolong seseorg tanpa diketahui org lain dan melakukan 2 sunnah nabi dgn sedar.
Hari ini, aku akan menjadi seorg yg menyenangkan.
aku akan kelihatan sebaik mungkin, sekemas mungkin, merendahkan suara, memuji tidak mengeji, dan tidak mencari kecacatan org lain dan benda di sekelilingku.
Hari ini, aku akan cuba lalui hidup hanya untuk hari ini.
membuat 10 perkara yg telah dirancangkan.
Hari ini, aku akan tidak bimbang, terutama tidak bimbang untuk gembira, menikmati keindahan ciptaan ALLAH menyayangi dan menyenangi mrk yg kusayangi, dan menyayangiku.
Hari ini, aku akan beribadat seolah-olah aku akan mati keesokan hari dan bekerja seolah-olah aku akan hidup 1000 tahun lagi
Sunday, February 13, 2011
BIODATA SYAITAN
BIODATA SYAITAN:
Disini diperkenalkan beberapa maklumat biodata musuh anda , iaitu iblis
laknatuLaah!
Nama sebenar : Iblis
Mula terkenal : Selepas derhaka kpd Allah
Ahli keluarga : Puak puak taghyut
Agama tetap : Kafir
Hobbi utama : Berlaku taghyut dan kesesatan
Cita-citanya : Mengsyirikkan seluruh manusia
Tempoh tamat : Sehingga tiba hari kiamat
Pekerjaannya : " Ketua pengarah" puak-puak yg dimurkai
Tempoh kerja : Sehingga tiba hari pembalasan
Amalan paling disukai : Berliwat dan lesbian
Alamat tetap : Neraka Jahannam
Tempat lepak : Hati org-org yg lalai
Darjat kebesaran : Fasik, darjat pertama
Empayar jajahan : Di hati yg tidak ada "zikrulLaah"
Jalan perjuangan : Bengkok dan penuh penyelewengan
Musuh perjuangan : Golongan muslimin
Modal utama : Angan-angan tinggi
Majlis yg disukai : Pasar-pasar & pusat maksiat
Lambang amalan : Nifaq( hipokrit )
Pakaian kerja : Baju besi khusus
Isteri di dunia : Wanita yg tidak menutup aurat & pelacur
Kekasih utama : Org yg lalai dari mengingati Allah
Saat yg menyedihkan : Apabila manusia beristighfaar
Kediaman rasmi : Dalam jamban tahi
Sifat utama : Tidak tetep pendirian,terpulang pada keadaan
Rakan taulan : Puak-puak munafiqiin
Punca rezeki : Benda-benda haram
Bilik operasi : Tempat tempat najis,kotor serta tempat maksiat
Arah pengembaraan : Neraka Jahannam
Rakan Puak: puak syaitan dari kalangan jin & insan
Rakan sekerja :Mereka yg bisu terhadap kebenaran
Upah kerja : Dosa dosa , termasuklah pengikut-pengikutnya
Bentuk interaksi : mengumpat & menghasut
Makanan asasi : Daging mayat (pengumpat )
Org yg ditakuti : Mukmin yg bertaqwa
Mereka yg dibenci : Org-org yg selalu berzikir
Pertahanan diri : Tipu daya yaitan selalunya lemah
Buruan utama : Golongan-golongan wanita
Ungkapan rahsia : "Akulah.." iaitu kalimah takabbur
Janji manisnya : menakut-nakutkan manusia dgn kemiskinan
Yg menyedihkannya : Ramai yg bersujud kpd syaitan