Assalamualaikum.....buat rakan-rakan semua...
Nak ambil masa 5 minit, berfikir sekejap......................
Berapa lama ya kita dah lahir ke dunia ni? Berapa lama pula kita dah boleh berjalan menikmati dunia? Berapa lama sudah kita menghirup udara dari Allah? Berapa lama kita sudah gembira dan berjaya? Berapa lama lagi kita mahu hidup di dunia ini? Berapa lama pula jangka hidup kita yang sebenarnya?
****************************************************
Sumber syukur adalah pengetahuan yang diberikan Allah SWT. Ini bermaksud, tidak ada satu nikmat pun yang kita peroleh berkat daya dan kekuatan kita, akan tetapi semuanya yang kita peroleh berkat kemurahan dan rahmat dari Allah SWT. Puncak syukur adalah menggunakan setiap nikmat yang Allah berikan untukk berbuat ketaatan. Jika nikmat-nikmat itu tidak digunakan untuk mentaatiNya, ini bererti kita tidak mensyukuri nikmat yang diberikan. Dan jika nikmat itu kita gunakan untuk bermaksiat kepadaNya, maka kita telah terjerumus dalam kekufuran (nikmat), dan akan menyebabkan nikmat berubah menjadi bencana.
Hal yang termasuk dalam kata syukur adalah banyak memuji Allah SWT dan merasa senang dgn nikmat yg Dia berikan. Kerana nikmat-nikmat itu menjadi perantara yang akan menyampaikan kita kepada Allah SWT, lantas ini juga yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Nikmat itu juga merupakan tanda perhatian (inayah) Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Jika rasa syukur ini terus hadir, Allah SWT akan membuat kita agar dapat mengenali diri kita sendiri. Kita akan memandang diri kita bagai seorang budak dan hamba Allah SWT. Kita akan melihat diri dan semua yang berhubungan dengan kita contohnya jasad, indra, akal, keluarga, harta, bahkan bumi, langit dan segala sesuatu yang terdapat di sekeliling kita adalah milik Allah SWT. Kesadaran ini terus hadir sampai ketika solat, kita akan melihat bahawa solat itu dapat dikerjakan kerana perintah dan pertolongan Allah SWT. Dalam hati kita pula akan timbul cita rasa yang lebih peka dari orang lain.
Bagaimana rasa syukur itu hadir?
Perasaan syukur timbul kerana seseorang yang tidak memiliki apa-apa diperbolehkan untuk menggunakan sesuatu yang bukan miliknya. Kita akhirnya menyedari bahawa kita memerlukan Allah kerana hanya Dia yang hakiki. Perasaan ini akan selalu meliputi kita, dan tidak sedetik pun hilang. Setiap detik kita merasa sangat memerlukan Allah, setiap detik kita berkhidmat kepadaNya, melaksanakan perintahNya, memohon pertolongan dariNya dan berdiri diatas bumiNya. Kita tidak memandang diri kita memiliki usaha, amal atau pun tempat berlindung kecuali hanya kepadaNya. Sejak awal kita tidak lagi memandang amal-amalan kita.
Betapa kita ini hanya bagai debu di alam semesta.
Setiap kali perasaan kita memerlukan Allah bertambah, maka pengetahuan kita tentang keAgungan Allah juga akan bertambah. Kita kemudian menyedari bahawa andai seorang hamba bersyukur kepada Allah dengan syukur seluruh alam, maka belum tentu mampu bersyukur sesuai dengan keagungan Allah. Oleh karena itu tidak ada seorang pun yang dapat menyembah Allah dengan sebenar-benar ibadah yang menjadi hakNya, dan tidak ada seorang pun dapat memujiNya dengan sebenar-benar pujian.
No comments:
Post a Comment