Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Redha dgn takdir Allah swt

renungan bersama :

Barangsiapa redha terhadap takdir ALLAH maka takdir itu tetap berlaku atasnya dan ia mendapatkan pahalanya..Dan barangsiapa yang tidak redha terhadap takdirnya maka takdir itu pun tetap berlaku atasnya dan terhapuslah pahalanya..

-Ali bin Abi Talib-


Ya Allah.. disaat hati ku mula lemah memikirkan sesuatu..berikan aku kekuatan agar aku dpt meneruskan hidupku seperti hari2 biasa.. teguhkan hati ini disaat rindu mula menghimpit jiwa.. berikan aku kelapangan dada utk merelakan semuanya...


Ya Allah..sukarnya utk aku melupakan dia dan sukar utk aku membuang dia dlm hidup ku.. Pelbagai kisah aku dgr..namun kenapa aku masih menyayangi dia.. Ya Allah..Aku redha di atas ujian2 mu.. Aku menerima segalanya ketentuanMu.. PerancanganMu adalah yg terbaik.. dan aku mohon berikan aku kekuatan hati ini.... tunjukkan aku jalan yg kau redhai Ya Allah... dekatkan aku dgn agamaMu... Jauhkan aku dgn permainan dan tipu daya dunia.. sesungguhnya aku terasa amat2 sakit sekali menahan kesedihan diatas permainan ini..


Ya Allah...bantulah aku dalam menjalani segala UjianMu dgn tabah dan kuat..kekalkan keimanan ku ini Ya Allah..



simpan rindu itu baik2...InshaaAllah..Allah mendengar suara hati kamu...

salam mgrib <3 span="">





Sunday, February 3, 2013

#sejauh mana cinta kita kpd ALLAH swt ? #

sekadang merenung..


Tetapi ramai dari kita yang sering lupa dan leka dalam bersyukur dan tidak melaksanakan segala perintahnya. Bayangkanlah nikmat ALLAH kepada kita bahawa apabila kita berjalan k...eluar dengan kaki, menghayun tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang mempunyai banyak manfaat kepada kita! Perasanlah bahawa inilah nikmat ALLAH terbesar berikan pada kita!

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu mengiranya. Sekalipun lautan yang luas itu dikira dan daratan tidak akan terjangkau pemberiannya kepada kita sebagai hambanya. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

sebenarnya, kita manusia sebagai Khalifah di muka Bumi ALLAH telah ditugaskan untuk melaksanakan syiar islam dan memakmurkan bumi ini. Antara perkara penting yang kita lakukan juga sebagai khalifah ialah saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sekiranya ALLAH menyuruh kita membayar semua nikmat yang diberikan dengan nilai mata wang. Berapa agak-agak nilai matawang tersebut?

tepuk dada tanya iman ~ :) ezumie~



Doa sebelum tido #

Doa sebelum tido #
Ya Allah.. Matiku dan Hidupku adalah ditangan Mu.. daripada Engkau aku datang..Dan Kepada Engkau juga aku akan dikembalikan.. Maafkan kesilapan ku pada hari ini dan sebelum2 ini..dan didiklah jiwa ku utk memaafkan semua org....bersihkan jiwa ku dan hati ku... Aminn Ya Robb..




Friday, February 1, 2013

Wordless Friday# Telahku pilih jalanMu : salam jumaat mubarakah.

Wordless Friday# Telahku pilih jalan Mu : salam jumaat mubarakah.

Marilah kita sama-sama jadikan hari Jumaat ini dalam minggu kita sebagai hari yang dikhususkan untuk akhirat. Sesungguhnya, kematian itu makin menghampiri kita.
Jom sama2 amalkan baca Surah Al-Kahfi ke, banyakkan selawat ke dan banyak lagi sunnah-sunnah lain di hari Jumaat ni kan.. :) utk ingatan sendiri dan shbt2 smua.. ~ezumie ♥




Sunnah Rasullullah saw memyuruh kita membaca surah AL-KAHFI pada hari jumaat




#sampaikan walaupun satu ayat...

Friday, January 18, 2013

FRIDAYS # Say Alhamdulillah..



Salam semua...

Mari mulakan hari ini dengan cas-cas positif dalam diri kita. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita.

Berfikir tentang kehebatan Allah dalam menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna dengan akal yang hebat. Berfikir tentang kehebatan syurga,yang padanya terdapat nikmat-nikmat yang Allah ciptakan untuk kita nikmati insyaAllah dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang Dia berikan kepada kita selama ini,ketika ini dan di masa-masa akan datang.

Menyedari kewujudan kita bukanlah sia-sia,maka jangan sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berbuat baik dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas yang kita mampu serta mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kasih sayang kepada sesiapa jua yang berhak mendapat kasih sayang kita. Sayangilah insan-insan disekeliling kita tanpa mengira apa jua perasaan yang ada dalam hati kita, tidak rugi memberi kasih sayang kerana ada pahala padanya. Padahal apabila kita menyimpan dendam, perkara itu akan mendatangkan penyakit dalam hati kita dan padanya ada dosa-dosa yang kadang-kala tidak kita sedari.

Thursday, January 17, 2013

Thursday # Ada Bahagia


Selamattt Pagiiiiiiiii....!!!Apa khabar  warga blogger sekaliann..  semoga sihat2 hendakNya..
Semoga hari ini kita kuat menghadapi segala rintangan dgn tabah.. InshaaAllah.. :)
Woottt....Wotttt.. Haaa ,mule2 ingt nk LISTENN...LISTENN...LISTENN... hahahaa.. tp dah mcm sejenis peyakit plak kalau aku sebut cmni..fenomena skali.. 

Oke..mmg lari tajuk.. Hahaha.. Sepanjang kehidupan aku hari ni bermacam2 aku tempuhi.. ada yg sia2 ..ada yang meyakitkan..dan kdang2 bhgia dan membahagiakan.. Namun aku terima ketentuan Takdir Ilahi.. Sekurng-kurangnya aku pernah bahagia dlm kesakitan..

Syukur Alhamdulillah Allah memberi aku kekuatan utk terus hidup..Biarpun aku pernah diperlakukan pelbagai2 disakiti,dibenci dihina..diganggu dan sebagainya..tapi Allah menganugerahkan aku sekeping hati yang sgt Kuat,, Aku menerimanya dgn redha.. malah aku xmelenting atau  marah kpda sesiapa pun... Aku tenang... Aku akui utk melupakan semuanya amat lah susah.. tp aku akan cuba dan terus cuba.. aku ingin buang semuanya jauh2.. dan bina hidup baru..yg lebih baik InshaaAllah.. utk kali ni aku akan cuba utk  berhati2 dlm memberi hati.. kalau dulu aku xmemilih siapa dia dihatiku..namun kini pengalaman mngajar aku agar aku juga harus memilih... Terima kasih Ya Allah.. kau berikan aku sebuah kehidupan yg sgt baik.. Kau mnjaga aku dr aku terus lalai.. Kau membawa aku kmbali kejalan mu.. Walaupun semalam aku melakukan dosa.. Namun dgn rayuan memohon keampunan mu..kau menghapuskan segalanya.. Ya Allah.. Ampunkan aku.. 

Rupanya dlm kekecewaan itu kau beri aku pengisian hidup.. tak semestinya hanya mentari yg membahagiakan kita.. :)

Wednesday, January 16, 2013

Janganlah Engkau bersedih


"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita," Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu... - At Taubah: 40

“Jangan takut dan janganlah bersedih sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Tuesday, January 15, 2013

Air mata Disebalik senyuman


Jika semalam dirimu terpaksa menempuhi ranjau yg hebat, percayalah hari ini engkau sebenarnya telah menjadi manusia yg lebih kuat daripada semalam..

Senyumlah :)


Monday, January 14, 2013

Cinta itu milik Allah



"Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
...

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan kembali......"


 by : keredhaan Ilahi


7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa:




7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa:

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan. Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

dipetik dari: Pakar cinta..

Thursday, January 10, 2013

make me strong Ya Rabb...

 
Assalamualaikum...

Hai semua.. selamat pagi buat yang berada di Malaysia.. dan selamat menunaikan kewajipan masing-masing dimana sahaja kita di muka Bumi Allah ini.. Jangan kita sesekali terlupa untuk mengucapkan syukur kehadrat Nya atas semua limpah kurniaan nikmat yang dipinjamkan kepada kita... *pagi2 lagi dah start membebel*


pagi2 ini tetiba rasa macam homesick sangat2.. rse cm nak balik sangat2... maybe stress kot keje kt sini tapi masih tak sedar diri sempat lagi mengupdate blog..*senyum tak perlu kata apa2* 
 

Ya Allah, Kau berikan kekuatan untuk ku untuk terus berjuang mencari rezeki.. Berikan aku kesabaran untuk menghadapi ujian2 yang diturunkan buat diriku, keluargaku, sahabat2ku dan sekelilingku.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Kau bukakanlah hatiku supaya senang untuk menerima segala ujianMu.. jauhkanlah aku dari sifat lupa.. Ya Allah permudahkanlah urusan ku disini. permudahkanlah segala-galanya Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya... Amiinn..



"Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar"

-Surah Al-Baqarah : 155-



  Kenangan lalu biarlah menjadi pengajaran.. jadikan diri ini kuat menghadapi segala-galanya.. aku bersyukur kepada Allah swt..kerana memberi ku rasa cinta dan kasih sayang..biarpun hanya seketika.. tapi aku bahagia.. kemudian kau uji ku dgn kesengsaraan dan kedukaan... mungkin pada hakikatnya aku sedih dan aku sgt2 kecewa...Namun aku sedar ujianMu itu adalah utk mnyedarkan aku dari terleka.. terleka dgn cinta dunia.. Ya aku terlalu mencintai dan menyayangi tp aku lupa ada batas2 dlm percintaan.. Aku sgt berdosa ya Allah kerana aku gagal dlm mendidik jiwa ku ke jln mu.. aku leka dgn kata2 dan janji dunia...

Aku beryukur pada Mu ya Allah..sememangnya perancanganMu itu yg terbaik.. setelah hati ku kecewa..kau beri aku kekuatan dan ketabahan.. Kau bawa aku ke menuju ke jln yg kau redhai.. kau sedarkan aku.. Terima kasih yg Allah..kerana menganugerahkan aku sebuah kehidupan yg sgt hebat.. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku merasai apa itu cinta.. dan ya aku dh merasai bgaimana setia dan syg ku terhadap insan terpilih itu.. Aku xpernah nk mnyalah kan sesiapa.. namun aku jua byk kekurangannya.. tenanglah hati ku dgn memohon maaf terlebih dhulu..aku xmngharap apa2..aslkan aku dh buat bnde btul..memohon maaf dan moga dihalalkan segalanya..lepas ini..aku kne terus khidupan seperti biasa.. Bohong andai hati aku sudah melupai dia.. namun perlahan2 aku cuba jauhkan namanya dihati ku..inshaaAllah aku mampu..

Kini aku kembali senyum..aku pernah bahagia dulu.. dan aku bersyukur pada Allah.. kerana menyedarkan aku dgn nikmat dunia yg hanya sementara.. terima kasih ya Allah... beri kan aku kekuatan..tabahkan hatiku ini ya Allah...

aminnn...

Wednesday, January 9, 2013

Tips2 supaya pagi lebih indah :)





Tips2 supaya pagi lebih indah

 [^^,] Mulakan pagi dengan
senyuman di bibir.

[^^,] Anggap hari ini ada sesuatu
yg istimewa menanti anda.

[^^,] Berfikiran positif dan
berkata baik kpd teman
sekeliling.

[^^,] Mengenang peristiwa
menarik yg telah terjadi
kelmarin. Yg buruk jadikan
pengajaran.

[^^,] Anggap ini pagi terakhir
hidup kita, jadi gembirakan
orang lain !

*selamt pg semua* *Alhamdulilah*

Sunday, January 6, 2013

Syarat taubat dan Tanda taubat diterima ALLAH swt


Syarat Taubat Diterima.
Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:
  1. Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan kerana makhluk atau untuk tujuan duniawi.
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan dan tidak ingin mengulanginya kembali.
  3. Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.
  4. Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi kerana jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahawa dia tidak benci kepada maksiat.
  5. Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat iaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.




Tanda taubat diterima Allah
  1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
  2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
  3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
  4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah.
  5. Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehinya di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
  6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.




Monday, August 20, 2012

Jangan lukai hati itu.....


Mungkin pada lelaki, rumitnya wanita..mempunyai pelbagai perangai dan sikap..tapi lelaki perlu tahu rumitnya wanita, mereka punya satu rasa cinta..cinta yg susah diungkap dgn kata-kata.. luahan yg pertama adalah matanya...kedua adalah wajahnya..ketiga adalah gerak gerinya..seterusnya biarlah kamu sendiri yg mengetahui selepas kamu mengenalinya...

Jangan dilukai hati wanita..kelak kamu sendiri yg akan terluka setelah dia memberikan cintanya kpd org lain..  kecewa wanita tidak terungkap dibibirnya ..dihatinya mengharapkan kamu mengerti.. Jika kamu tidak mengerti semakin lama semakin dia membawa diri dengan luka yg masih belum pulih. sehingga kan rasa cinta yg ada akan pudar semakin hari...semasa itu usah kamu merayu lagi..kerana hati itu telah pergi dan sukar untuk kembali lagi... kerana luka perlu diubati, sudah tidak dpt pulih kembali walau peluang diberi berkali-kali.....

Oleh itu sedarlah wahai lelaki...rumit bg kamu ..tp sebenarnya mudah untuk kamu mngerti kalau kamu benar-benar cintai dan kenal wanita itu.... wanita tidak meminta utuk diberi kemewahan,cukuplah sekadar memberi keperluan yang mereka inginkan...

SUMBER... hati wanita.

Tuesday, July 12, 2011

Sebiru Warna langit....

p/s: gambar ni ezumie rakam di Pantai Pandak,Chendering

Assalamualaikum....dan salam sejahtera buat sahabat2 Ezumie sekalian.. comel2 dan encem2 semuanye hihihi...~

Bercakap mengenai hati dan perasaan...pelbagai warna-warna kehidupan telah menyinari dunia dan kehidupan kita sebagai manusia...tanpa warna,dunia umpama hitam putih yang tiada serinya... tiada maksud dan tiada pengertian.... hidup yang begitu kosong dan sepi..

Kita sendiri yang perlu bijak mencorakkannya... cinta dan kasih sayang umpama Sebiru warna langit.. yang sentiasa memberi kita ketenangan dan kedamaian...sewaktu kita rase rendah diri, pandanglah atas..ia memberi kita semangat serta kedamaian hati sewaktu ada hati yang sedang resah...melihat bertapa besarnya Kekuasaan ALLAH s.w.t memciptakan Alam yang sebegitu indah.... itu lah Kasih sayang-Nya pada kita... memberi sejuta perasaan pada setiap manusia..~indahnya langit ciptaan Ilahi untuk kita.... bersyukur diatas setiap kejadiaan...~

p/s: sila join contest ezumie yg sedang belangsung : CONTEST:AKU DAN SESUATU


Saturday, July 2, 2011

JOM BACA: Rahsia Air Mata Wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

mgkin ade di antra rkn2 yg prnh mmbca artikel ini...

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan

saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian

dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

p/s : sekali lagi ezumie letak gambo ezumie sebagai gambar hiasan hehhe :D interprem lallaa..~

Wednesday, April 13, 2011

RENUNGAN UNTUK PAGI INI...~

Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "




............................................................

Tuesday, April 5, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!