Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

#sejauh mana cinta kita kpd ALLAH swt ? #

sekadang merenung..


Tetapi ramai dari kita yang sering lupa dan leka dalam bersyukur dan tidak melaksanakan segala perintahnya. Bayangkanlah nikmat ALLAH kepada kita bahawa apabila kita berjalan k...eluar dengan kaki, menghayun tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang mempunyai banyak manfaat kepada kita! Perasanlah bahawa inilah nikmat ALLAH terbesar berikan pada kita!

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu mengiranya. Sekalipun lautan yang luas itu dikira dan daratan tidak akan terjangkau pemberiannya kepada kita sebagai hambanya. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

sebenarnya, kita manusia sebagai Khalifah di muka Bumi ALLAH telah ditugaskan untuk melaksanakan syiar islam dan memakmurkan bumi ini. Antara perkara penting yang kita lakukan juga sebagai khalifah ialah saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sekiranya ALLAH menyuruh kita membayar semua nikmat yang diberikan dengan nilai mata wang. Berapa agak-agak nilai matawang tersebut?

tepuk dada tanya iman ~ :) ezumie~



Doa sebelum tido #

Doa sebelum tido #
Ya Allah.. Matiku dan Hidupku adalah ditangan Mu.. daripada Engkau aku datang..Dan Kepada Engkau juga aku akan dikembalikan.. Maafkan kesilapan ku pada hari ini dan sebelum2 ini..dan didiklah jiwa ku utk memaafkan semua org....bersihkan jiwa ku dan hati ku... Aminn Ya Robb..




Friday, February 1, 2013

Wordless Friday# Telahku pilih jalanMu : salam jumaat mubarakah.

Wordless Friday# Telahku pilih jalan Mu : salam jumaat mubarakah.

Marilah kita sama-sama jadikan hari Jumaat ini dalam minggu kita sebagai hari yang dikhususkan untuk akhirat. Sesungguhnya, kematian itu makin menghampiri kita.
Jom sama2 amalkan baca Surah Al-Kahfi ke, banyakkan selawat ke dan banyak lagi sunnah-sunnah lain di hari Jumaat ni kan.. :) utk ingatan sendiri dan shbt2 smua.. ~ezumie ♥




Sunnah Rasullullah saw memyuruh kita membaca surah AL-KAHFI pada hari jumaat




#sampaikan walaupun satu ayat...

Friday, January 18, 2013

FRIDAYS # Say Alhamdulillah..



Salam semua...

Mari mulakan hari ini dengan cas-cas positif dalam diri kita. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita.

Berfikir tentang kehebatan Allah dalam menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna dengan akal yang hebat. Berfikir tentang kehebatan syurga,yang padanya terdapat nikmat-nikmat yang Allah ciptakan untuk kita nikmati insyaAllah dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang Dia berikan kepada kita selama ini,ketika ini dan di masa-masa akan datang.

Menyedari kewujudan kita bukanlah sia-sia,maka jangan sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berbuat baik dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas yang kita mampu serta mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kasih sayang kepada sesiapa jua yang berhak mendapat kasih sayang kita. Sayangilah insan-insan disekeliling kita tanpa mengira apa jua perasaan yang ada dalam hati kita, tidak rugi memberi kasih sayang kerana ada pahala padanya. Padahal apabila kita menyimpan dendam, perkara itu akan mendatangkan penyakit dalam hati kita dan padanya ada dosa-dosa yang kadang-kala tidak kita sedari.

Wednesday, January 16, 2013

Janganlah Engkau bersedih


"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita," Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu... - At Taubah: 40

“Jangan takut dan janganlah bersedih sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Tuesday, January 15, 2013

Air mata Disebalik senyuman


Jika semalam dirimu terpaksa menempuhi ranjau yg hebat, percayalah hari ini engkau sebenarnya telah menjadi manusia yg lebih kuat daripada semalam..

Senyumlah :)


Monday, January 14, 2013

7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa:




7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa:

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan. Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

dipetik dari: Pakar cinta..

Wednesday, January 9, 2013

Tips2 supaya pagi lebih indah :)





Tips2 supaya pagi lebih indah

 [^^,] Mulakan pagi dengan
senyuman di bibir.

[^^,] Anggap hari ini ada sesuatu
yg istimewa menanti anda.

[^^,] Berfikiran positif dan
berkata baik kpd teman
sekeliling.

[^^,] Mengenang peristiwa
menarik yg telah terjadi
kelmarin. Yg buruk jadikan
pengajaran.

[^^,] Anggap ini pagi terakhir
hidup kita, jadi gembirakan
orang lain !

*selamt pg semua* *Alhamdulilah*

Friday, June 29, 2012

INGIN MEMAHAMI HATI WANITA? JOM BACA..

WANITA sentiasa ingin didampingi secara emosi.

BIARPUN wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

 
Jadi seorang lelaki sejati

Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tidak boleh mengeji tetapi berpada-pada. Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka.

Lelaki sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu menjaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara diketepikan.

Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.

Usah berbohong


Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau dalam istilah ciptaan masyarakat hari ini, bohong sunat. Elakkan bohong seperti ini dan nyatakam kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi tidak akan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, sentiasa amalkan sikap jujur dan berterus terang.

Dalam perkahwinan, ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar apabila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab si isteri percaya, jika suami benar-benar ikhlas dan sayangkannya suami perlu berterus terang.

Sama juga dalam isu khianat kasih; bila si suami mempunyai orang ketiga. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.

Ambil berat dan prihatin


Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya.

Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.

Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Komunikasi unggul

Wanita ingin sentiasa didampingi. Bukan berdampingan dari aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi.

Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan.

Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan adalah dengan mewujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas yang bertanyakan khabar. Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.

Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.

Terima dia seadanya

Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik.

Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain.

Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.


SUMBER : MENCARI KEREDHAAN ILAHI

Monday, October 3, 2011

Apa itu BOKEH?

Hmm..apa tu Bokeh? Boleh selalu la dengar..bokeh air..bokeh sampah..bak kate org nogori..huhu..
Cari-cari dan baca, boleh dikatakan Bokeh ini adalah satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur (blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera. Perkataan Bokeh ini berasal dari Jepun.

Macam mana nak dapatkan bokeh?
Kalau ikut teorinya, cara mudah ialah gunakan lens yang mempunyai aperture besar seperti F1.4 – F2.8. Atau satu lagi kaedah adalah dengan menggunakan jarak, pastikan subjek dan latar belakang ada jauh akan menghasilkan bokeh.

Contoh gambar Bokeh.

Apa lagi..jom...ramai2 cuba tangkap gambar bokeh huhuhuh ^_^
~rabu ni ade outing~jom2..xsabarnye..!!!

~sumber~

Wednesday, March 30, 2011

Landscape photography : sedikit pendekatan

Entah kenapa saya suka gambar landscape. Jenis fotografi ini selalu mengingatkan kita atas kebesaran Allah SWT dan selalu membuat kita bersyukur.. kita masih boleh menghirup udara pagi yang sejuk disertai lukisan cahaya karya-Nya. Semoga kita selalu diberikan rahmat dan berkat dari-Nya...
the dancing flower
the dancing flower
A good photograph is knowing where to stand. – Ansel Adams
Bagi saya fotografi landscape itu adalah jenis fotografi yang paling susah, sekaligus paling mudah…hah? :D . maksudnya mudah kerana Landscape itu ada di sekitar kita, dapat dilihat dengan mudah. TAPI, ada perbezaan yang sangat signifikan antara fotografi landscape “postcard” atau “kalender” dan Fotografi Landscape “Fine Art “. Kebanyakan orang berfikir bahwa fotografi landscape tidak memberikan effect yang besar. Arahkan kamera ke view yang luas, mencuba memasukan seluruh elemen yang dia lihat, tekan shutter, maka jadilah foto landscape yang membosankan; tidak ada perasaan dan emosi dari si fotografer.
Sedangkan pada fine art landscape, si fotografer mesti menjiwai dirinya dgn alam. Ia sedar bahwa angin, batu, gunung, pohon, rumput adalah Landscape. TAPI, ia tahu bahwa tugas dia adalah mengungkai elemen yang paling penting dan mewakili dari seluruh elemen yang ada ( jadi ingat belajar memahami bahasa alam.. Ia memilih elemen – elemen yang memperkuat POI (point of interest) dan tidak memasukan unsur yang memperlemah POI sebagus apapun elemen itu.
Inilah yang banyak menjadi kesalahan pada org baru. Mereka terlalu banyak memasukan elemen yang tidak perlu ( tapi mereka pikir itu perlu) dalam foto landscape mereka.
dsc_3354_filtered
Langkah awal untuk mendalami fotografi landscape adalah menentukan secara tepat karakter dari landscape itu sendiri….mendefinisikan alam sebagai rasa tersendiri, secara subjektif. Ansel adams menyebut ini sebagai ” the personal statement”. Tidak ada aturan dalam hal ini. Boleh saja berupa pemandangan indah di ciwidey, bromo, cikoneng. Atau hanya permainan cahaya dan bayangan, tumpukan daun, gemercik air. Dalam hal ini, landscape bersifat sebagai benda yang statis dan tidak akan berubah dalam waktu beberapa minit. Jadi kita boleh membayangkan seperti apa jadinya gambar kita nanti. Karana cara kerja mata dan lensa adalah berbeza..iaitu antara subjektif dan objektif. Ansel menyebut ini ” previsualization”. Membayangkan foto yang akan diambil dan mengantisipasinya bahkan sebelum memegang kamera…
Both the grand and the intimate aspects of nature can be revealed in the expressive photograph. Both can stir enduring affirmations and discoveries, and can surely help the spectator in his search for identification with the vast world of natural beauty and the wonder surrounding him. – Ansel Adams

Tuesday, March 29, 2011

30 Breathtaking Examples of Bokeh Photography

The term Bokeh comes from a Japanese word that means “blur”. In photography, it’s used to describe the blur or the quality of the blur in the out-of-focus regions of an image. This can be achieved by taking pictures with a shallow depth-of-field. Bokeh is most noticed when points of light or highlights are part of the blur. They can become prominent and, even though out of focus, very important parts of a shot. For your inspiration, we’ve rounded up 30 breathtaking examples of bokeh photography.

Thursday, March 24, 2011

Tiga kunci utama fotografi

dslr-manual-header.jpgBegitu banyak tips & trick serta teori-teori yang beredar di belantara internet maupun tercetak di berbagai macam literatur ataupun buku-buku untuk bisa menghasilkan foto yang ‘wow’ dimata siapa saja. Dari sekian banyak artikel dan tips yang ada tersebut, ada tiga faktor kunci yang harus diperhatikan oleh siapapun yang ingin mahir didalam dunia fotografi.
Ketiga faktor utama tersebut adalah :
  1. Jarak (fokus) berfungsi untuk menentukan antara obyek yang akan difoto dengan titik fokus lensa menjadi sama, sehingga momentum yang akan diabadikan menjadi jelas dan tidak blur. Untuk setting fokus di kamera SLR biasanya dengan memutar ring fokus yang ada di lensa bagian depan.
  2. Diafragma (aperture) seringkali disebut juga dengan lubang lensa berfungsi membatasi cahaya yang masuk kedalam proses pengambilan foto. Semakin terang cahaya, maka semakin kecil lubang lensa yang dibutuhkan (dalam hal ini semakin besar nilai dari apperture yang harus kita set dikamera), semakin sedikit cahaya yang ada, maka semakin besar apperture yang harus dibutuhkan. Untuk setting aperture priority secara manual biasanya diberi tanda Av (lihat gambar)
    Contoh : setting aperture pada f/2 berarti membuka diafragma lebih lebar jika dibandingkan dengan setting f/5,6
  3. Kecepatan (shutter speed) berfungsi untuk mengambil foto yang obyeknya bergerak, semakin cepat obyek tersebut bergerak, maka semakin kecil nilai shutter speed yang harus kita set. Untuk setting shutter priority secara manual biasanya diberi tanda Tv (lihat gambar)
    Contoh : setting shutter pada 1/200 adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan setting shutter speed pada 1/4 ataupun 2″.
Keahlian didalam dunia fotografi pada intinya adalah kombinasi dari keahlian didalam mensinkronkan ketiga hal diatas secara refleks dan fleksibel mengikuti event yang sedang berlangsung. Tidak jarang kadangkala dibumbui dengan efek-efek dan teknis-teknis lainnya guna memanipulasi ketiga faktor utama diatas jika tidak memungkinkan dalam kondisi yang ideal.
Misalnya dengan cara menambahkan lampu flash tambahan untuk mengatasi minim-nya cahaya yang memapar obyek yang hendak diabadikan, tripod / monopod untuk mengatasi guncangan atau mengabadikan momentum dengan kecepatan super lambat, jenis-jenis lensa untuk menjangkau tempat-tempat yang berbahaya untuk dijangkau dengan jarak dekat, setting ISO dan lain sebagainya.
Semoga informasi diatas bisa berguna buat kita semuanya didalam memperdalam ilmu di dunia fotografi ini.
Mohon bimbingannya apabila ada yg salah, maklum masih belajar nih… hehehe … ;)

Saturday, January 22, 2011

KRITERIA TEMAN WANITA HEBAT...


Saja nak bongkar sedikit kualiti yang dicari oleh jejaka sebelum terlibat dalam hubungan eksklusif:


1.PENDENGAR SETIA

-Lelaki mahukan wanita yang tunjukkan kesungguhan mengenai perkara yang penting baginya, daripada kerjaya sehinggalah pasukan bola sepak fantasinya. Saling bertentang mata dan bertanya soalan menggambarkan minat tersebut.


2.BERDIKARI

- Sikap pandai membawa diri kamu itu antara aset seksi milikmu, jadi jangan biar hobi dan minatmu ditolak ke tepi. Teruskan rutinmu kerana ia tunjukkan kamu bersungguh dan yakin - sifatyang tak mungkin lelaki tolak.



3.KAMU SERING KETAWA

-Lelaki bukannya mahu kamu ketawa besar sampai tak ingat dunia, tapi mahu kamu tahu dia sebenarnya lucu. Ketawakan cerita lucunya buat lelaki rasa hebat dan buktikan kamu tak kisah.


4.TELEFON DIA

-Jika lelaki dah biasa lambat atau tak pernah telefon walau dah janji, dia mungkin menguji untuk lihat adakah kamu akan salahkan sikapnya yang mennjengkelkan. Lelaki yang baik menilai wanita yang hormati dirinya sendiri, dan ia sudah cukup berinya cabaran.


hahhaa..amacam gurl disana???mahu jadi seorang teman wanita yang hebat???




Thursday, January 20, 2011

Tips Menahan Marah

Grrrr....marah nih...!!!!!
Marah dan emosi adalah tabiat manusia. Kita tidak dilarang marah, namun diperintahkan untuk mengendalikannya agar tidak sampai menimbulkan efek negatif. Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah saw bersabda Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meridlai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meridlai (H.R. Ahmad). DAlam riwayat Abu Hurairah dikatakan Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergulat, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah (H.R. Malik).
Menahan marah bukan pekerjaan gampang, sangat sulit untuk melakukannya. Ketika ada orang bikin gara-gara yang memancing emosi kita, barangkali darah kita langsung naik ke ubun-ubun, tangan sudah gemetar mau memukul, sumpah serapah sudah berada di ujung lidah tinggal menumpahkan saja, tapi jika saat itu kita mampu menahannya, maka bersyukurlah, karena kita termasuk orang yang kuat. Cara-cara meredam atau mengendalikan kemarahan:
1. Membaca Ta'awwudz. Rasulullah bersabda Ada kalimat kalau diucapkan niscaya akan hilang kemarahan seseorang, yaitu A'uudzu billah mina-syaithaani-r-rajiim Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk (H.R. Bukhari Muslim).
2. Berwudlu. Rasulullah bersabda Kemarahan itu itu dari syetan, sedangkan syetan tercipta dari api, api hanya bisa padam dengan air, maka kalau kalian marah berwudlulah (H.R. Abud Dawud).
3. Duduk. Dalam sebuah hadist dikatakanKalau kalian marah maka duduklah, kalau tidak hilang juga maka bertiduranlah (H.R. Abu Dawud). 4. Diam. Dalam sebuah hadist dikatakan Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah (H.R. Ahmad). 5. Bersujud, artinya shalat sunnah mininal dua rakaat. Dalam sebuahhadist dikatakan Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidaklah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud). (H.R. Tirmidzi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!