Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Wednesday, March 9, 2011

selamat hari wanitaa.... (wanita idaman)


WANITA IDAMAN…

Wanita yang aku sayangi adalah pencinta tuhanNYA yang mengalir cinta, takut dan harap yang menguasai perjalanan penghidupannya dari WAKTU ke WAKTU, dari HARI ke HARI. Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawa berakhir… wanita yang aku rindui adalah wanita yang dimata dan wajahnya terpancar sinar Nur Illahi, LIDAHNYA basah dengan zikrullah di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan allah. wanita yang aku cintai yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya disanjung tinggi penduduk langit dan bumi wanita yang aku impikan adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Namun aku tidak ada di sana kerana aku dilamar kebendaan dunia wanita yang aku kasihi yang bersyukur pada apa yang ada yang bersabar pada apa yang tiada cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda wanita yang aku sukai menjadi dian pada dirinya sendiri menjadi pelita untuk putera-puteriku yang bakal dilahirkan untuk menyambung perjuanganku di belakan ghari sesungguhnya wanita yang selalu berada di dalam doaku adalah dirimu… mujahadah sejati.

Perempuan bukan dijadikan daripada atas kepala

untuk disanjung dan dipuja,

Perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki

untuk dipijak² sebagai alas kaki tetapi

Perempuan dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki

Hampir dengan hati untuk disayangi

Hampir dengan tangan untuk dilindungi

Tulang rusuk kiri lelaki, bengkok sifatnya

Menjadi tanggungjawab lelaki untuk meluruskannya

Masakan batang yang bengkok mampu menghasilkan

Bayang yang lurus

Akal perempuan senipis rambutnya

Selalu mengikut perasaan tika berbicara

Hati perempuan serapuh kaca

Mudah tersentuh dengan kata-kata

Nafsu perempuan setinggi gunung

Hanya keimanan mampu menghalangnya

Suara perempuan gemersik bak buluh perindu

Hingga menusuk, membelai di kalbu

Bicara perempuan sehalus sutera

Takkan jemu tika mendengarnya

Air mata perempuan mahal harganya

Tanda kasih pada kekasihnya

Kasih perempuan selembut salju

Mampu membuat lelaki hilang arah tuju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!