Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Wednesday, February 1, 2012

Idea Nak Berblogging?? how.??



Aduhhh...masuk2 BLOG je aku dah mati idea... apa aku nk tulis ek..?? luahan perasan..?? photography...?? mcm dah bosan and xde idea.. lagi pun aku ni xpandai nk buat ayat2 berbunge kasi org suke.... macam mana ek...aku mmg xde idea...

bila duduk saje2 mcm2 idea dtg..tp bila nk start menaip...aduhh...hilang ayat... cmne nk mula..?? aku betul2 xreti ni....macam mana nk dpt kan idea masa nk berblog ni..??? any idea..??

idea..?? idea..?? ting..!!!!!! JOM GUNA CARA NI....mana la tahu berkesan kn...

1) Blogwalking

Ini paling selalu. Ilham akan datang bila aku ber blogwalking ke sana ke mari. Idea-idea atau isi kandungan sesebuah entry blogger lain aku cantum-cantumkan untuk menjadikan sebuah entry lain mengguna kemahiran cantuman yang aku ada. Ahaha.

2) Peristiwa/Aktiviti/Pengalaman

Orang kata pengalaman banyak mengajar kita. Pengalaman juga adalah guru terbaik. Jadi dari peristiwa/aktiviti/pengalaman yang aku lalui itu aku cuba sedaya upaya mengolahnya untuk menjadikannya sebuah entry yang mungkin akan anda semua boleh jadikannya sebagai pengajaran. Macam baik-baik saja aku ini kan?

3) Kuliah/Tutorial/Subjek Pelajaran

Ini juga boleh dijadikan entry yang paling bagus. Tapi aku jarang-jarang mendapat ilham tentang topik yang diajar oleh lecture aku. Ahaha. Yang aku dapat ketika kuliah adalah mengantuk. Tapi kalau lecture tu start lari topik memang aku segar. Sebab kadang-kadang cerita dia orang itu akan aku jadikan bahan dalam penulisan aku. Hehe.

4) Isu Semasa

Walaupun aku jarang sangat membaca surat khabar mahupun menonton berita, tapi sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Bukan jadi pekak okey. Lebih baik ambil tahu sedikit dari tidak tahu langsung. Kalau anda semua tidak ambil peduli langsung tentang perkembangan semasa, lebih baik ganti tempat katak yang di bawah tempurung tu.

5) Lagu/Gambar

Kalau anda perasan entry aku juga ada berunsurkan gambar atau lagu semata-mata kan? Itu bermakna aku tidak mempunyai idea yang tidak kreatif untuk di kongsikan bersama anda semua. Tapi kadang-kadang entri sebegitu tinggi viewernya berbanding entry aku yang agak serius. Hehe.

Aku rasa takat itu saja. Kalau anda ada cara tersendiri bolehlah kongsikan bersama. Sharing is sexy caring. Hehe...

Sekian, wassalam

sumber ( bicarasliperjepun )

5 comments:

Kancil 8349 said...

ceritalah mengenai gelagat anak didik kamu...Kancil rindu dengan alam pensyarah nie...salam perkenalan daripada kancil

Hanis Azla said...

akak pun kdg kala buntu idea utk buat entry.. asyik taip padam, taip padam.. he..he.. tp tips2 yg dikongsikan mmg kdg kala boleh membantu.. so bolehlah apply...

whitecappuccino said...

salam kenal..idea tak selalunya datang mencurah2, ada masa kering juga tapi tips tu banyak membantu.

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam kenal.betul tu time lepak idea mencurah, bila dah depan lappy buntu plak, biasalah tu dugaan berblog : )

ezumie esbarisma said...

ngee thnks semua harap2 dpt membantu ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!