Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Friday, January 18, 2013

FRIDAYS # Say Alhamdulillah..



Salam semua...

Mari mulakan hari ini dengan cas-cas positif dalam diri kita. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita.

Berfikir tentang kehebatan Allah dalam menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna dengan akal yang hebat. Berfikir tentang kehebatan syurga,yang padanya terdapat nikmat-nikmat yang Allah ciptakan untuk kita nikmati insyaAllah dan berterima kasih ke atas segala rezeki yang Dia berikan kepada kita selama ini,ketika ini dan di masa-masa akan datang.

Menyedari kewujudan kita bukanlah sia-sia,maka jangan sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berbuat baik dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas yang kita mampu serta mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kasih sayang kepada sesiapa jua yang berhak mendapat kasih sayang kita. Sayangilah insan-insan disekeliling kita tanpa mengira apa jua perasaan yang ada dalam hati kita, tidak rugi memberi kasih sayang kerana ada pahala padanya. Padahal apabila kita menyimpan dendam, perkara itu akan mendatangkan penyakit dalam hati kita dan padanya ada dosa-dosa yang kadang-kala tidak kita sedari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!