Pengenalan Dari Cik Ezumie ^_^

My photo
kangar, perlis, Malaysia
Aku seorang Lecture bahagian Architecture di sebuah kolej di terengganu.Aku minat benda2 seni,photography,senibina dll. Aku seorang yang Gila2 dan kadang2 otak xberapa betul sangat.. Suka berkawan dan happy go lucky.

Followers Cik Ezumie ^_^

Monday, April 25, 2011

Picnic Dengan Bekas2 Student di Cherating

salam ^_^

hye kawan2..alhamdulillah hari ni ezumie upload gambar semasa ezumie pegi Cherating sabtu lalu..Bekas-bekas student ezumie yg dari ILP Kuantan tu ajak ezumie pegi picnic kat sana. Nak xnak terpaksa pegi juga walaupun jauh.. demi studnt..!! dah diorg berharap sangat ezumie pegi...

Ezumie bertolak dari marang dalam 7.30pg dengan nouvo kesayangan ezumie tu hehe.. ezumie ditemani seorg lagi rakan dan student ezumie..2 biji moto la kirenya.. dalam 3 jam sampai cherating. Sakit muntot wooo...lenguh abis badan2 ni..hehehe... jom enjoy ezumie nye photo yg xseberapa ni..coz letih sgt gambar pun ala kadar...chill


kiter bakooo...~~


















Memang best sangat walaupun jauh tapi berbaloi...rindu kt diorg.. harapan ezumie agar semua student2 ezumie ni berjaya dan senang mendapat kerja....insyaallah..~ ezumie bertolak balik ke marang dalam pukul 4.30 ptg..


****************************************************************

Sunday, April 24, 2011

SATE AYAM Nyum..Nyumm...

salam ^_^
hye kawan-kawan...

hehe entry kali ni ialah makan sate..hehhe aku membela lemak di kedai makan tepi pantai Kelulut, terengganu..
memang dah ngidam lama dah ni selain durian aku lapar satee...aaaaaaaa..sedapnyeeee..
walaupun gaji xmasuk lagi hehehehe...makan tetap makan..huhuhu ni kalau mr.bebear tahu ni kompom membebel kje.. makan je bini dia ni hehehe...........






*********************************************

Thursday, April 21, 2011

VESPA STYLE ~

kak Wa with vespa hehe...


SALAM.... ^_^ hye kawan2

Sekali lagi aku pakai photo masa g indonesia hari tu.. hehe.. bukan nk becerita pasal gambar ni.. cuma aku tiba-tiba macam tertarik pasa kenderaan spesis "ketot" ni.. hehe CUTE je aku tengok..

Teringin lak nak pakai Vespa.hehe... tapi kalau aku
pakai kompom kene gelak..hahaha.. aku dah la tinggi kalau la aku pakai vespa hahhaaha bayang kan...ngeeee ngeri...!!! tak sesuai nyahh..!! auwwww.... tetibe jek jadi lembut hehe...

Tapi org2 yag pakai vespa ni mmg ada style lah..aku suker tgk.. huhu....






********************************

Tuesday, April 19, 2011

PHOTO JALANAN- Dapat Pujian Dari Sifu Photographer

Assalamualaikumm.. ^_^

Moning...!!! wahh cerianya hari ni..tiada lagi kesedihah?? hehehe alhamdulillah...
sebab kan,hari ni Ezumie dapat pujian daripada sifu Ezumie... ^_^
Antara photo yang mendapat pujian paling banyak daripada sifu photographer ialah gambar2 yang ezumie post kat sini.. syukur la..walaupun masih baru dapat tetapi dapat komen yang positif dari mereka.. thnks ^_^
walaupun gambar2 ni ezumie dah post kt entry yang lepas,
lawatan ke tanjung balai,
ezumie nk tunjuk gak gambo ni..hehe sebab special dapat pujian..lallalala~~ suke sgt2..


GAMBAR NI EZUMIE SNAP SEMASA PERGI LAWATAN KE INDONESIA..

Kalau nk komen pape silakan ezumie xkisah..yang mana xelok boleh ezumie perbaiki lagi..~ hehe





Monday, April 18, 2011

photo santai


salam....
dah lama x upload pic photography kt sini..
agak bz sikit...sory sgt2 taw :'(
lagi pun mood sejak 2 menjak ni agak moody...
emm sedih je hati ni.. entah la..
asyik nk mengalir je mata ni..agak sedih semacam..keje pn xde mood..
tp xpe insyaallah ada masa nanti ezumie akan pergi outing 4 photography agains..
harap2 ada la foto2 menarik nanti kan.. thnks kerana sudi menanti

muahhh syg kamoo

Thursday, April 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI ...

Sekali lagi , segmen abg ben nak GEGAR !!

( RABU - 14/04/2011 ) sehingga AHAD ( 17/04/2011 )

Bagi yang berminat .. jom ... cam biasa .. buat satu entri ..


image

  1. Sila letak header
  2. Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan linkkan ke entri ini
  3. Lagi ?? tu jeee.. tak susah ponnnn .. kan kan ?

hehehehe...... ^_^ saja nk cari kenalan...

Wednesday, April 13, 2011

Senarai terkini : blog cute dlm follower 100 keatas..

Assalamualaikum... haaaa... ^_^

Ni senarai yang telah ambil award dari ezumie ye..Yang telah tinggal kan link mereka untuk diterjah oleh ezumie ke blog mereka2 semula. Sebab ezumie nk buat pemilihan Blog mana paling cute dan bertuah untuk dapat hadiah dari Ezumie... Ini untuk meraikan followers 100 keatas yang sudi untuk follow ezumie punya blog..Hanya ini dapat ezumie balas jasa korang...

sesiapa yang nak join untuk mendapatkan hadiah sila la join.. sebarkan pada rakan2 kamu juga ya.. ^_^ masih sempat lagi...~enjoy n chill....

Ni senarai link mereka yang telah ambil award dari ezumie:

1. http://yunabella.blogspot.com/2011/04/dapat-hadiah-lagi.html

2.http://nurulwany91.blogspot.com

3.http://ilanilyana.blogspot.com/2011/04/1st-time-dapat-award.html

4.http://atieserina.blogspot.com/

5.http://isainz1327.blogspot.com/

6.http://ekaanyah93.blogspot.com/

7. http://cikbibahyana.blogspot.com/

8.http://anismelon.blogspot.com/2011/04/award1st-award-dari-ezumie.html

9.http://www.etiey.com

10.http://asmabluppy.blogspot.com

11.http://azizulhakim91.blogspot.com/2011/04/yeah-aku-dapat-awardterima-kasih.html


hanya ni je yang ezumie dapat terjah blog mereka.Yang mana link mereka yang xde tu kemungkinan ezumie xdapat jejak.mintak maaf ye..dan blog yang ezumie terjah xde award dr ezumie juga xdpt disenaraikan dlm ni..hanya mereka2 yang tinggalkan link dan blog mereka ada simpan award dari ezumie je yang dapat ezumie senaraikan..sesiapa nk hadiah cuba lagi masih sempat lg nih.. ^_^ jgn lupa tinggalkan link dan jAdi follower ezumie.

RENUNGAN UNTUK PAGI INI...~

Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "




............................................................

Thursday, April 7, 2011

100 FOLLOWERS KE ATAS...!!! sila ambil ur award anda. :)

ASSALAMUALAIKUM...^_^



Create your own banner at mybannermaker.com!

terima kasih pada rakan2 yang sudi follow blog ezumie yang xseberapa ni..
ezumie sangat menghargainya...
insyaallah dalam masa terdekat ezumie akan buat satu contest 4 u all..
ada cadangan??huhuhuu..sila la beri cadangan..
ezumie dah de cdangan but mana tahu ada cadangan yang bernas dari korang lagi..huhuhu
pada followers 100 ke atas sila la ambil ye..sudi2 la ambil award yang xseberapa ni.. insyaallah mana yang ada banner ni ezumie akan terjah bloq korg dan buat pemilihan blog sape paling cute..ada hadiah tau..!!! ;)
kalau ade sesiapa nk kongsi atau umumkan pada rakan2 sila la ^_^
sbb pasni banyak game akan kita buat..insyaallah kalau diizinkan...salam ukhwah dr ezumie...

Love u all....~

p/s letak link anda disini untuk saya terjah~ ;)

Wednesday, April 6, 2011

Perlu Ke semua Guru wajib Menjalani pemeriksaan mental???

assalamualaikum.... ^______^

Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku dapat menulis di bloq ini lagi.. Bukan apa 2-3 hari ni aku agak sebuk menyiapkan Fortfolio student dan jadual diorg nk final exam.. Agak bertimbun-timbun file dimeja ku ini.. tak xtahu nak siapkan yang mana dulu ..serabuttttttt...!!!!!

Tapi bukan itu yang aku nak pertikaikan.. Gara-gara aku xbaca surat khabar hari tu (kes kedai surat khabar jauh dan xde tv kt umah ) hehe..., Aku terbaca la status member aku kt FB.. Dia cakap Guru wajib menjalani Ujian Mental..!!!! Wow..!! Terus aku terpaku tgk status dia..hehe bukan ape,walaupun aku bukan cikgu sekolah,tapi lecture tu ada la bau bau bacing gak kan kan.. Ini semua kes ada seorang guru iaitu ustaz pukul murid berumur 7 tahun sampai mati..kalau xsilap aku la..coz aku mmg xbaca surat khabar hari tu..

Bagi pendapat aku la..Mental dia tu masih ok kot.. cuma dia xdpt kawal emosi dia.. keimanan dia tu xkuat. Xde kesabaran dalam diri. Mungkin YA ,dia mengalami tekanan..tapi xsemestinya seorang yang menghadapi tekanan itu menghadapi masalah mental?? kalau semua orang menghadapi tekanan abis laa..aku yang kena siapkan kerja2 ni menghadapi tekanan kerja..er..er.. mental jugak kahh??? glupp..!!

Apa-apa yang penting..kesabaran kita tu kena ada dlm diri,iman kena kuat.. bukan hanya berlaku pada golongan biasa pun,ustad malah tok iman sekali pun ada tekanan tp kita perlu bijak mengawal emosi..kalau nak ada ujian mental tu pun ok gak..tp mcm seramm je kan..ngeee

Bila emosi mengawal diri kita...hasutan iblis dan si neraka mula menambah-nambah api nya.. disebabkan itu kita gagal mengawal emosi..Insyaallah kekal kan Ibadah,jauhi segala kemungkaran,reda kan amarah dengan air wuduk..insyaallah semoga kita dijauhkan dari melakukan benda2 yang xdiingini....... (turut simpati pada mangsa) alfatihah

Tuesday, April 5, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Monday, April 4, 2011

Famly Day's

assalamualaikum.. alhamdulillah lepas juga hajat aku nk balik kampung.dah berapa bulan aku xbalik..rindu sangat kat makk... Melihat kemesraan adik beradik,pengorbanan mereka untuk pulang walaupun masing2 jauh diperantauan... Melihat wajah ibu ku yang ceria melihat anak-anak nya berkumpul semula... Ku tahu mak tahan sebak didada... Rindunya terubat seketika....



My sister and my lovely Mom.... wajah tenang yang menjadi kerinduan buat kami..


Semua anak-anak berkumpul...

my mom dengan maksu...

my sister and her husband
aku dengan anak saudara ku...izuddin


Ku tahu..lepas semua ini berakhir..pasti Mak rasa sunyi... aku xtahan melihat situasi begitu.. mmg sebak. ku tahan jua untuk ibuku... walaupun ayah terlah pergi dahulu.. namun ibu ku tetap tabah meniti kehidupan ini seorang diri...Mak.. emi sayangkan mak..mohon mak kuat disana.. entah mengapa sebak hati ini...semoga mak tenang dan menunggu kepulangan ku nanti.. sayang mak..

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !


assalamualaikum.... ^____________^


WAHH...!!! ada segmen baru hehehe mari..mari join..... saje je bukak blog hari ni..
pastu nampak 1 lagi segmen baru oleh ben.ashaari.. mari kita pakat join ramai-ramai ye...
nak tahu baca sendiri eh kt ben ashaari punya blog ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Try us on Wibiya!